KUMPULAN YAASIN DAN MARHABAN NURUL HUDA , PANDAN JAYA
MOTTO KUMPULAN KAMI : PENCETUS MASYARAKAT CELIK AL-QURAN.
Setelah hampir 22 tahun kami tinggal di Taman Pandan Jaya Fasa 1, Kumpulan Yasin dan Marhaban Nurul Huda Taman Pandan Jaya Fasa 1 ditubuhkan pada bulan Disember 2008. Tujuan utama penubuhan kumpulan ini ialah untuk menambah ilmu dalam pembacaan Al-Quran dan sebagai wadah untuk kami berkenalan dan mengeratkan tali silaturahim di antara jiran setempat. Pada mulanya kumpulan ini dianggotai hanya 7 orang ahli dan memulakan program pembelajaran Al-Quran di salah sebuah rumah ahli.
Pertambahan ahli dari hari ke hari menyebabkan rumah yang kecil kepunyaan salah seorang ahli tidak dapat menampung akan pertambahan ahli dan akhirnya kumpulan ini berpindah ke stall Kak Jah yang terletak di kawasan lapang Blok L35 atas ehsannya. Untuk tidak menganggu peniagaannya, ahli Nurul Huda berusaha mencari dana dari dermawan bagi membiayai dan mendirikan sebuah kanopi untuk ahli Nurul Huda belajar dan berlatih. Alhamdulillah , hanya dalam beberapa bulan saja , kanopi tersebut dapat didirikan bersebelahan dengan stall Kak Jah dan kini jumlah ahli telah bertambah seramai 37 orang.
Aktiviti aktif yang ditunjukkan oleh ahli KYMNH menyebabkan kumpulan ini sering diundang ke majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, berendoi, bacaan yasin dan sebagainya. Kumpulan ini juga tidak ketinggalan menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Di antaranya kumpulan ini turut sama membantu masyarakat dalam menguruskan jenazah, program gotong royong yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan sebagainya.
Dengan tertubuhnya KYMNH, banyak aktiviti kemasyarakatan seperti majlis perkahwinan dapat dijalankan secara bergotong royong di mana ada di kalangan ahli-ahli KYMNH yang pakar dalam masak memasak, juruhias dan sebagainya. Dengan cara ini banyak wang dapat diselamatkan.
Kelas bimbingan Al-Quran diadakan pada setiap malam Jumaat dan Sabtu di bawah tunjuk ajar Cik Zaharah Hj Yusof sementara Cikgu Hafsah telah membimbing kelas bacaan berzanji dan marhaban pada malam Selasa. Sambutan yang diberikan oleh ahli-ahli sangat menggalakkan.
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2009 - 2010
BIL
|
AKTIVITI
|
TARIKH
|
1.
|
Majlis perasmian kanopi dan pelancaran KYMNH oleh YB Tuan Iskandar bin A. Samad. ADUN Cempaka merangkap Exco Perumahan , Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor.
|
15 Ogos 2009
|
2.
|
Majlis sambutan Hari Raya dan penyampaian sumbangan serta duit raya kepada :
1) Fakir / miskin 2) Warga emas 3) Ibu tunggal
4) Anak yatim 5) Muaalaf
|
10 Oktober 2009
|
3.
|
Majlis Khatam Al-Quran anak-anak ahli KYMNH
|
9 Januari 2010
|
4.
|
Persembahan rawi & marhaban di Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) sempena majlis sambutan Maulidur Rasul
|
25 Mac 2010
|
5.
|
Mendapat tempat kedua ( 2 ) dalam perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Surau Al-Falah, Pandan Jaya.
|
6 Mac 2010
|
6.
|
Majlis Ihtifal anak - anak ahli KYMNH dan Malam Semasa Nur Kasih sempena Sambutan Maulidur Rasul.
|
22 Mei 2010
|
7.
|
Tempat ketiga ( 3 ) dalam pertandingan Berzanji dan Marhaban anjuran ADUN Cempaka sempena majlis sambutan Maulidur Rasul.
|
1 Ogos 2010
|
8.
|
Lawatan dan penyampaian sumbangan ke Rumah Anak-anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam, Selangor.
|
7 Ogos 2010
|
9.
|
Memasak rendang ayam dan daging sempena menyambut kedatangan Awal Ramadhan.
|
10 Ogos 2010
|
10.
|
Lawatan ke tempat pelupusan Al-Quran di Batu 10, Jalan Cheras dan Jelita Ostrich di KM1 Jalan Pantai, Negeri Sembilan.
|
13 Nov 2010
|
11.
|
Gotong royong anjuran MPAJ bersama JKP Zon 16 sempena pembasmian nyamuk aedes di Persekitaran Pandan Jaya.
|
19 Nov 2010
|
12.
|
Majlis berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak ahli KYMNH
|
11 Dis 2010
|
Terdapat beberapa kelainan yang terdapat dalam KYMNH iaitu tidak menetapkan harga kepada sesiapa sahaja yang menjemput untuk membuat persembahan. Ianya bergantung kepada keikhlasan tuan rumah. Dengan cara ini secara tidak langsung tidak membebankan tuan rumah dan kami bersedia ke mana sahaja jika dijemput. Yang keduanya setiap program kemasyarakatan yang dirancang oleh KYMNH sudah pasti kaum lelaki turut serta bersama-sama menjayakan seperti mendirikan khemah, menyusun atur kerusi meja dan sebagainya. Yang paling unik sekali ada di kalangan mereka itu bukan yang beragama Islam.
KYMNH berdoa kepada Allah agar kumpulan ini dapat memantapkan lagi ukhuwah dan mengeratkan lagi tali silaturajim yang telah terjalin dan mengembangkan lagi aktiviti seperti ini di luar kawasan Pandan Jaya.
DI ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI KAMI
Majlis perasmian KYMNH
Majlis Khatam Al-Quran
Perarakkan sempena Sambutan Maulidur Rasul 2010
Pertandingan Marhaban anjuran ADUN Cempaka Tahun 2010
Majlis Ihtifal sempena Maulidur Rasul
Majlis Jamuan Hari Raya Tahun 2010

AKTIVITI.. LAWATAN KE TEMAPAT PELUPUSAN AL-QURAN
AKTIVITI...MAJLIS BERKHATAN

KUMPULAN YAASIN MARHABAN NURUL HUDA
BIL
|
TARIKH / HARI
|
AKTIVITI
|
STATUS
|
1. | 12 Februari 2011
( Sabtu )
|
Jemputan Majlis Cukur Jambul yang pertama ( 1 ) melalui blog – nurulhudapandanjaya.blogsport.com di Pandan Indah.
|
Selesai
|
2.
|
13 Februari 2011
( Ahad )
|
Jemputan menjadi tetamu Program Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan lawatan ke Yayasan Restu di Shah Alam.
|
Selesai
|
3.
|
19 Februari 2011
( Sabtu )
| Menyertai perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al- Hidayah, Kg. Pandan Dalam. |
Tempat kedua (2) perarakan
|
4.
|
20 Februari 2011
( Ahad )
|
Jemputan Majlis Berendoi Perdana anak-anak sempena Sambutan Maulidur Rasul di Dewan Kg. Paya, Kampung Baru, KL
| Selesai |
5.
|
26 Februari 2011
( Sabtu )
|
Jemputan Majlis Cukur Jambul yang kedua ( 2 ) melalui blog – nurulhudapandanjaya.blogsport.com di Taman Dagang Jaya, Ampang.
|
Selesai
|
6.
|
27 Februari 2011
( Ahad )
|
Jemputan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Ar- Rahimah di Kg. Pandan Luar.
|
Selesai
|
7.
|
05 Mac 2011
( Sabtu )
|
Jemputan Majlis Cukur Jambul & Berendoi di Bandar Mahkota Cheras.
|
Selesai
|
8.
|
10 Mac 2011
( Khamis )
| Jemputan bacaan Yaasin tahlil arwah & doa selamat di rumah En. Kamaruzaman blok L35, Pandan Jaya. |
Selesai
|
9.
|
20 Mac 2011
( Ahad )
|
Jemputan Berzanji & Marhaban di Majlis Perkahwinan Taman Nirwana, Ampang
|
Selesai
|
10.
|
26 Mac 2011
( Sabtu )
|
Menyertai Kursus COMBI anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) serta JKP zon 16 di Dewan Orang Ramai, Jalan Pandan 4, Pandan Jaya.
|
Selesai
|
11.
|
26 Mac 2011
( Sabtu )
|
Menghadiri Majlis Akademi Al-Quran ( AQ5 ) peringkat akhir di PICC Putrajaya.
|
Selesai
|
12.
|
27 Mac 2011
( Ahad )
|
Menyertai kursus membuat kek chiffon dan coklat di Pusat Giat Mara, Pandan Indah.
|
Selesai
|
13.
|
29 Mac 2011
( Selasa )
|
Jemputan makan malam bersama TPM di padang permainan Kg. Pandan Dalam.
|
Selesai
|
14.
|
31 Mac – 3 April 2011
|
Lawatan Ilmiah ke Kelantan anjuran ADUN Chempaka bersama JKKK kg. Pandan
|
Selesai
|
15.
|
02 April 2011
( Sabtu )
|
Majlis gotong royong bersama penduduk Blok L34 & L35
|
Selesai
|
16.
|
09 April 2011
( Sabtu )
| Taklimat dan tugasan COMBI anjuran ( MPAJ ) serta JKP Zon 16. |
Selesai
|
17.
|
17 April 2011
( Ahad )
|
Jemputan Majlis Cukur Jambul & Berendoi di Pandan Indah.
| |
18.
|
23 April 2011
( Sabtu )
|
Jemputan Majlis AMAL ISLAMI peringkat zon Ampang di SRA Kg. Melayu Ampang.
| |
19.
|
08 Mei 2011
( Ahad )
|
Gotong royong dan Majlis Marhaban Berzanji sempena perkahwinan anak ahli KYMNH di Blok L36, Pandan Jaya.
| |
20.
|
14 Mei 2011
( Sabtu)
| Hari Ihtifal (Tilawah surah Yassin & rawi marhaban ) ahli-ahli KYMNH sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran KYMNH. |
Festival Wanita Anjuran Dun Cempaka..
Mendapat tempat ketiga dlm pertandingan gubahan...

Menyertai Perarakkan Majlis Maulidur Rasul Surau Al-Falah
Tahun 2012 & Mendapat Tempat Pertama... Tahniah Semua...
Sambutan Maulidur Rasul Bersama Saudara Baru & Anak-anak Yatim
Pada 7hb April 2012
Jemputan Majlis Aqiqah & Cukur Jambul di Shah Alam ...
Cukur Jambul salah seorang cucu ahli kumpulan Nurul Huda
Lawatan Dan Penyerahan Sumbangan
Ke Badan Amal Nur Zaharah & Pusat Tahfiz Al-Quran
Di Janda Baik Bentong Pahang Pada 07/07/2012
Majlis sambutan Hari Raya 2012
Antara Majlis Aqiqah Baby Yang Kami Raikan

Menyertai Perarakkan Majlis Maulidur Rasul Surau Al-Falah Tahun 2013
Menyertai Sambutan Maulidur Rasul 1434H Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan
Mendapat tempat pertama dalam perarakan & pertandingan marhaban

Marhaban & Berselawat bersama Dr Fatma Az Zahra
Restoran Bankok House - 1 Mont Kiara Mall
Sambutan Maulidur Rasul - 10 Mac 2013
Program Ziarah & Dakwah Ke Perkampungan Orang Asli
Ulu Sebatu Jalan Ulu Yam Selangor
Di Butik Modest Culture, Prof. Dr Muhaya
Kenangan bersama keluarga pengantin
Majlis Tahlil Yassin & Doa Selamat di Melaka
Program Motivasi IbuBapa
Ibu Bapa Positif Anak
Cemerlang
Galeri, Menara MPAJ
Pertandingan Masakan berasaskan Herba..
Aktiviti Tahun 2014
Program : MASIH ADA YANG SAYANG
Tarikh : 29 March 2014
Tempat: Raudatus Sakinah & Rumah Anak2 Yatim Cahaya Hati
Tazkirah bersama Ust. Muhammad Ibrahim

Penyerahan Sumbangan berupa Pakaian, Makanan, Kipas Angin
Serta Wang Tunai Kepada Pengurus Rumah Bakti Cahaya Hati
di Rawang iaitu Puan Wahyuning Widayati.
Marhaban - Perkahwinan Anak Puan Roziah
MAJLIS CINTA RASUL 2014

Marhaban di rumah Ustaz Dato Hassan Mahmud Al-Hafiz
Bergambar bersama Imam Muda Asryraf
Menyertai Acara di Karnival Rakyat Pandan
Anjuran ADN Cempaka
Majlis Cinta Rasul - 1 Mac 2015
Bersama Dato' Dr Zaifuddin & Aisyah
Majlis Maulidur Rasul 03 April 2016
Bersama Dato' Dr Zaifuddin & Ustaz Mohd Fakhrul Radhi
Perasmian Kabin Oleh Y.B. DATO' ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD
Majlis Iftar bersama Janna Nick And friends
Hotel Sani, Kuala Lumpur
Marhaban 2016
Majlis Cinta Rasul 2017
Persatuan Kebajikan Nurul Huda
Ust Amirahman ( Johan Qari antarabangsa ) & Daie Fuad
Peserta Hafazan tahap 1, 2 & 3
Para tetamu yang hadir memeriahkan majlis.
Meraikan Anak2 Yatim
Hadiah Kuiz, Peserta Termuda & Tertua
Alhamdulillah semua happy setelah selesai majlis.
Seminar Tajwid Luarbiasa 2017 - Ustaz Asraff
Majlis Aqiqah Puteri Dato' Megat serta majlis iftar bersama
Dato' Sri Sharizat dan anak2 Darul Huffaz Kajang
Majlis Iftar bersama Janna Nick
Majlis Khatam Al Qur'an di Suaru Al Falah Pandan Jaya
Marhaban di rumah Puan Hajah Norlina Haji Alawi,
Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB)
diperkenalkan untuk berkongsi kasih dengan anak-anak penghidap
dan pembawa HIV/AIDS.
Majlis bersama pesakit di Hospital Rehabilitasi Cheras
Memenangi gerai tercantik & pakaian seragam
sempena Jamuan Hari Raya 2018 Surau Al Falah Pandan Jaya
Jemputan Marhaban & Tahlil serta Aktiviti 2018

Program Maal Hijrah 1400H - Masjid Al Azim Pandan Indah
Program Ziarah Rumah Perlindungan (Rumah kita) 30/9/18
Majlis Doa Selamat sempena kunjungan Dato Iskandar
sebagai tanda penghargaan diatas jasa beliau sepanjang
10 tahun bersama Dun Pandan.
Aktiviti Tahun 2019
Sambutan Maulidur Rasul Surau Al Falah, Pandan Jaya November 2019
Majlis khatam Quran di Teluk Gorek Challet Mersing November 2019
Lawatan daripada Persatuan Kebajikan Wanita Nurul Huda Pandan Jaya
ke Mersing Bee Farm dan Pertubuhan Al Kairiah Mersing MATAM
Sumbangan berupa makanan utk petugas petugas Covid 19
ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.
Hospital Sungai Buloh
Bersama membantu
Agihan Sumbangan Mangsa Banjir November 2020
Untuk Sebarang Pertanyaan & Jemputan, Sila Hubungi :-
Puan Zaharah (019-2075895), Puan Jalizah Wahid (019-2274941)
Puan Rohana Hasin (012-9147440)
Facebook: Persatuan Kebajikan Wanita Nurul Huda Pandan Jaya
Puan Rohana Hasin (012-9147440)
Facebook: Persatuan Kebajikan Wanita Nurul Huda Pandan Jaya
Assalammualaikum.
ReplyDeleteSye bercdn utk menggunakan khidmat kumpulan ini pd 12.09.16
4 ptg.
harap dpt maklumvalas n details